Terma dan Syarat

  1. Semua harga yang tertera adalah dalam Ringgit Malaysia. 
  2. Semua maklumat harga telah disahkan betul pada masa dihantar tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. 
  3. Myhamper2u berhak untuk menggantikan barang-barang dengan nilai yang sama lain berdasarkan stok yang ada. 
  4. Walaupun segala penelitian telah dilakukan terlebih dahulu, Myhamper2u tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. 
  5. Myhamper2u berhak untuk menyiarkan segala hasil kerja tempahan untuk tujuan pengiklanan. 
  6. Semua yang produk yang terjual tidak boleh dikembalikan.


Tempahan & Pembayaran

  1. Pengesahan tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh penghantaran. 
  2. Bagi tempahan lebih daripada 50 unit, pengesahan pesanan perlu dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh penghantaran.
  3. Deposit sebanyak 50% daripada nilai pesanan diperlukan semasa pengesahan pesanan. Baki bayaran 50% perlu dibuat semasa penghantaran. 
  4. Deposit 50% tidak akan dikembalika sekiranya pesanan tersebut dibatalkan selepas pengesahan dibuat. 
  5. Bagi nilai pesanan yang melebihi RM 5,000, Myhamper2u memerlukan deposit 70% dari jumlah. Baki 30% hendaklah dibuat semasa penghantaran. 
  6. Sila hubungi kami untuk pilihan pembayaran. Sebagai bukti pembayaran, sila hantar bukti pembayaran atau bank-in slip kepada kami melalui e-mel kepada myhamper2u@gmail.com.

Polisi penghantaran

  1. Myhamper2u menyediakan penghantaran percuma untuk produk kami bernilai RM 100.00 dan ke atas dalam masa 10 km dari kawasan Gombak. 
  2. Kos penghantaran luar Zon Penghantaran Percuma berbeza mengikut jarak dan cara penghantaran. Bergantung kepada jenis penghantaran yang anda inginkan, caj penghantaran & jumlah minimum berbeza. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. 


SEMUA MAKLUMAT ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN TANPA NOTIS TERLEBIH DAHULU.